suria

15 restoran McDonald’s jadi lokasi persinggahan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025… Banyak aktiviti, tawaran menarik untuk pengunjung

McDonald’s Batu Berendam, Melaka menjadi lokasi persinggahan kedua di Mekdi sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025.

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan ke-68, McDonald’s Malaysia terus menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dengan menyertai pelbagai inisiatif yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.

Antaranya termasuklah penyertaan dalam Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang bermula sejak Sabtu dan juga sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang bakal berlangsung di Dataran Putrajaya.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata sambutan Hari Kebangsaan merupakan saat penting untuk rakyat bersatu, meraikan kepelbagaian dan meluahkan rasa cinta kepada negara.

"McDonald's merupakan jenama yang membesar bersama rakyat Malaysia sejak 43 tahun lalu. Oleh itu, McDonald’s Malaysia menyertai inisiatif ini untuk mengambil peranan yang lebih besar sebagai syarikat tempatan.

"Restoran-restoran kami dijadikan sebagai tempat untuk rakyat Malaysia mengukuhkan lagi semangat patriotisme dan perpaduan dengan meraikan kemerdekaan," ujarnya.

Justeru, McDonald’s Malaysia mengambil bahagian dalam konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 yang merupakan program anjuran Kementerian Komunikasi.

Restoran McDonald’s menjadi lokasi persinggahan dalam acara konvoi motosikal yang menjelajah ke seluruh Malaysia. 

Konvoi motosikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang itu bakal menjelajah ke 88 lokasi di seluruh Malaysia dengan 15 persinggahan rasmi bertempat di restoran McDonald’s terpilih di seluruh negeri dalam negara. 

Ia telah bermula di McDonald’s Pandu-Lalu (drive thru) Kluang, Johor pada Isnin dan akan berakhir di McDonald’s Pandu-Lalu Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur pada 16 Ogos depan.

Melati berkata pemilihan 15 restoran McDonald’s sebagai lokasi persinggahan membuktikan jenama itu sangat dekat dengan rakyat Malaysia.

"Sama ada dalam perjalanan pulang ke kampung, semasa bercuti, atau sekadar singgah sebentar, McDonald’s sentiasa ada untuk rakyat Malaysia, mencipta detik-detik yang bermakna di setiap perjalanan mereka," katanya.

Setiap lokasi persinggahan konvoi akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti bertemakan kemerdekaan seperti pengagihan Jalur Gemilang secara percuma, pelekat Pandu-Lalu edisi Merdeka, aiskrim kon Sundae McDonald’s percuma serta baucar makanan edisi khas Merdeka.

Melati berkata restoran-restoran McDonald’s menjadi tempat untuk rakyat Malaysia mengukuhkan lagi semangat patriotisme dan perpaduan. 

Selain itu, terdapat juga aktiviti interaktif bersama keluarga, dekorasi restoran bertemakan Hari Kebangsaan, promosi hidangan untuk para pelanggan serta hadiah menarik khas untuk 100 pengunjung terawal semasa kunjungan konvoi.

Antara restoran yang mengambil bahagian ialah McDonald’s pandu lalu Batu Berendam, Melaka, dengan pelbagai acara termasuk Kids Burger Workshop dan pelepasan konvoi ke destinasi seterusnya pada Rabu.

McDonald’s Malaysia turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke sambutan Ambang Merdeka di McDonald’s pandu lalu Putrajaya Presint 2, yang akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 31 Ogos.

Sebagai penutup sambutan merdeka tahun ini, McDonald’s Malaysia akan turut serta dalam perarakan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya. 

Di lokasi tersebut, sebanyak 50,000 baucar makanan percuma dan 2,500 hadiah edisi terhad 'Mekdi' akan diedarkan kepada para pengunjung.

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan, lebih 370 restoran McDonald’s di seluruh negara juga menyampaikan penghargaan kepada badan beruniform dengan menyediakan hidangan percuma sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan mereka menjaga keamanan negara.

Selari dengan komitmen 'Syarikat Malaysia untuk rakyat Malaysia, demi Malaysia', McDonald’s Malaysia terus menzahirkan nilai patriotisme melalui pelbagai inisiatif yang mengutamakan rakyat.

Ini termasuk peluang pekerjaan kepada 100 peratus tenaga kerja tempatan, program latihan dan pendidikan untuk belia, penggunaan vendor tempatan serta menyantuni komuniti dari pelbagai lapisan masyarakat.

Artikel Lain