KEBANYAKAN kes tayar kereta bocor biasanya berpunca daripada objek tajam seperti paku atau serpihan besi di jalan raya.
Namun, seorang wanita mengundang perhatian ramai apabila memuat naik foto memaparkan tayar keretanya yang tertusuk kasut tumit tinggi.
"Korang tolonglah jangan buang kasut tumit tinggi bersepah-sepah. Aku stres. Apa ni? Nak gelak ke nak menangis?
"Tak tahu siapa punya. Dia buang tepi jalan. Dia punya tajam, tercucuk tayar," tulis Hanazrifx di aplikasi TikTok.
Menerusi foto yang dikongsi, kasut tumit tinggi itu kelihatan masih elok walaupun ia sudah digilis tayar kereta.
Rata-rata netizen turut bertanya tentang jenama kasut itu kerana kagum dengan kualiti serta ketahanannya.
Malah, ramai yang turut terhibur dan mengaitkannya dengan sepatu Cinderella.
"Terbukti kasut tumit tinggi tu berkualiti.
"Kongsi la jenama apa? Tahan betul kasutnya.
"Dia tak buang kot, dia tertinggal. Mungkin Cinderella.
"Weh dahsyatnya kualiti," tulis netizen.