suria

[V] Buat keychain, baju dan sticker Justice for Zara... Peniaga beri penjelasan selepas dituduh ambil kesempatan

Keychain dan baju Justice for Zara yang dihasilkan oleh peniaga itu.

TINDAKAN seorang individu yang menghasilkan keychain, baju dan pelekat kereta 'Justice for Zara' mengundang pelbagai reaksi netizen.

Di ruangan komen, beberapa pengguna TikTok menegur tindakan peniaga itu [Tonton Video] dan bertanya sekiranya dia sudah mendapatkan kebenaran waris Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

"Hmm, benda macam ni pun boleh ambil kesempatan untuk berniaga.

"Dapat kebenaran daripada keluarga arwah tak?

"Wah pandai buat duit untuk Zara," antara pertanyaan netizen.

Dalam hantaran berbeza di akaun TikTok, peniaga itu menjelaskan dia sudah pun mendapat kebenaran ibu Allahyarham Zara iaitu Noraidah Lamat.

Antara penjelasan yang dimuat naik di TikTok peniaga itu.

"Alhamdulillah, dapat kebenaran daripada ibu Zara. Terima kasih ibu Zara. Mohon semua yang dapat dan beli (barang) doakan Zara mendapat keadilan," tulis peniaga itu.

Jelasnya lagi, keychain khas itu sebenarnya dihasilkan untuk diedarkan secara percuma semasa himpunan solidariti Zara di Beaufort, Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 16 Ogos nanti.

"Mulanya ku buat untuk bagi percuma. Setakat ini ada dalam 20 pieces sudah ku bagi kawan-kawan.

"100 pieces aku bagi orang yang datang solidariti di Beaufort nanti... bagi free. Tapi aku mampu bagi free 100 pieces saja..

"Kemudian kawan-kawan yang jauh mahu juga, sanggup beli. Jadi aku jual harga seadanya. RM2.50 saja ku jual. Harga modal saja.

"Selain keychain, ada sticker untuk kereta dan baju. Lillahitaala tiada niat ambil kesempatan atau ambil untung.

"Tiba-tiba ramai mahu sebab mahu buat kenangan, tanda bersama-sama dengan arwah adik Zara," jelasnya.

Dalam satu lagi hantaran berasingan pada Selasa, peniaga itu berkata dia juga tidak akan menambah stok selepas semua stok habis terjual.

 

Artikel Lain

Suami Dian P Ramlee meninggal dunia