suria

Sebutan inkues Zara Qairina dijadual 9 pagi esok - Peguam

Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai lalu dan kematiannya dikaitkan dengan kes buli.

MAHKAMAH Kota Kinabalu menetapkan sebutan inkues berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, akan diadakan pada Isnin (18 Ogos).

Peguam Hamid Ismail yang mewakili ibu Allahyarham Zara, Noraidah Lamat, 45, memaklumkan sebutan inkues dijadualkan pada pukul 9 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jabatan Peguam Negara arah inkues siasat punca kematian Zara Qairina

Rabu lalu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar berusia 13 tahun itu. 

Keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa.

Keputusan mengadakan inkues selaras dengan peruntukan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], bagi menyiasat punca kematian termasuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes berkenaan. 

Inkues akan dikendalikan secara bebas dan telus oleh Mahkamah Koroner mengikut undang-undang. -The Star

 

Artikel Lain

Suami Dian P Ramlee meninggal dunia