suria

[V] "Polis belakang tapak kaki aku je" - Lelaki ugut, angkat jari tengah gagal berhutang… Mengaku tak takut dicekup

Tangkap layar video yang dikongsikan lelaki itu menunjukkan situasi ketika kejadian.

TINDAKAN seorang lelaki yang 'naik angin' gara-gara tidak dibenarkan berhutang di sebuah kedai runcit meraih perhatian netizen.

Rakaman kejadian itu memaparkan lelaki itu yang memakai helmet berkeras mahu mengambil barang dahulu dengan alasan bayaran akan dibuat pada keesokan hari.

Video berdurasi hampir dua minit itu dipercayai dirakam oleh pekerja kedai berkenaan namun tidak dinyatakan lokasi.

"Jadi kau memang tak boleh bagi berhutang eh? Confirm? Kau jangan duduk dalam ni (kedai).

"Aku nak cakap, polis belakang tapak kaki aku je ni. Aku bayar esok. Esok aku hantar duit dekat kau," ujar lelaki tersebut.

Pekerja itu kemudiannya menolak secara baik permintaan lelaki itu untuk berhutang, dengan alasan dirinya juga mengikut arahan majikan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu kutu' jerat diri, hidup dihantui hutang! Seiap bulan kena sedia RM8,000 bayar 'loan', gaji bersih cuma RM2,400

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas tunang melenting, tak mengaku hutang 10K... Siap baca doa Al-Jabbar konon diri dianiaya

"Saya jaga kedai punya orang, abang kena faham juga. Ye la abang yang nak hutang, bukan saya nak hutang abang. 

"Saya cakap elok-elok tapi abang marah-marah," ujarnya membalas provokasi yang dibuat lelaki tersebut.

Namun situasi menjadi semakin tegang apabila lelaki itu terus melenting sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Malah lelaki itu turut menunjukkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengah kepada pekerja tersebut.

Komen netizen di TikTok.

Selain tidak menerima penjelasan pekerja kedai, lelaki itu tiba-tiba bercakap tentang sejarah dan keturunan suku kaum Indonesia.

"Cakap elok-elok tak ada guna punya. Berapa ramai orang hutang aku, aku diam je. Kau dari mana? Acheh eh? Aku orang Minang. 

"Kau tahu sejarah kan? Kau sedar siapa menang peperangan dekat Indonesia sana? Ha ini aku cucu-cicitnya ni. Kau nak aku ke penjara ke atau kau ke lokap?

"Boleh? Kau ikut aku sekarang. Kau cabar aku eh. Kau baik-baik eh, pandang muka aku eh," katanya sebelum beredar dari kedai.

Pemilik video [Tonton sini] mendakwa, insiden sedemikian sudah berlaku beberapa kali sebelum ini melibatkan individu sama.

Klip itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mengecam sikap lelaki terbabit.

Dalam pada itu, ramai juga memuji kesabaran pekerja kedai yang masih mampu mengawal keadaan.

"Dia nak berhutang apa bang sampai macam tu sekalinya.

"Kelakar yang rakam pun kuat menjawab. Akhirnya member 'koyak' blah macam tu je.

"Biasa orang minta nak berhutang kumpul ayat sedih. Tapi yang ni 'lari' channel ni.

"Bagus jangan bagi dia berhutang. Esok-esok tak kan bayar tu. Suruh dia kutip hutang orang dekat dia. Dapat duit tu suruh dia beli. Ada duit baru beli. Tak ada duit suruh dia blah," komen beberapa netizen.

Artikel Lain

Suami Dian P Ramlee meninggal dunia