suria

Kecoh kompleks kerajaan Putrajaya diganggu makhluk halus... Papan tanda bergoyang, imej entiti baju putih jelas terakam!

Perawat diminta untuk 'membersihkan' kawasan pejabat berkenaan.

TULAR satu rakaman video dan beberapa keping gambar mendakwa tentang 'kehadiran' makhluk halus di sebuah kompleks kerajaan di Putrajaya.

Berdasarkan perkongsian dua keping foto di Thread, kelibat entiti berambut panjang dan berpakaian putih dirakam secara tidak sengaja hingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tentang kesahihannya.

Turut kelihatan, seorang pekerja pembersihan sedang melakukan cucian di sebuah tandas bangunan berkenaan.

Gambar tular yang dikatakan dirakam sewaktu pekerja pembersihan melakukan cucian.

Gambar tular yang dikatakan dirakam sewaktu pekerja pembersihan melakukan cucian.

Susulan gangguan itu, difahamkan penghuni blok kerajaan berkenaan mendapatkan khidmat perawat perubatan Islam dipanggil untuk 'membersih' dan 'memagar' kawasan.

Menerusi klip video yang tersebar, kelihatan seorang lelaki berpakaian kemeja putih dan berseluar hitam sedang merenjis air ke sekitar koridor pejabat berkaitan.

Turut kedengaran ayat ruqyah dipasang dengan kuat di pejabat tersebut ketika sesi 'pembersihan' berlangsung.

Situasi lebih menyeramkan apabila papan tanda laluan kecemasan yang digantung pada siling pejabat bergoyang dengan sendiri, seolah-olah menunjukkan kehadiran entiti makhluk halus tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejadah sampai terpelanting!” - Dah halau tapi datang lagi, lelaki kongsi cara halau makhluk halus dah lama ‘tumpang’ rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan hadap rumah sewa ‘keras’, gadis menangis lepas sergah makhluk halus! - “Aku cakap penat, bebel masalah hidup”

Seorang pengguna media sosial turut mendakwa salah satu bangunan kerajaan di Putrajaya diganggu makhluk halus.

"Seramnya apabila dengar salah satu bangunan kerajaan dekat Putrajaya ni kena kacau hantu.

"Mereka siap panggil ustaz suruh buang. 

  • Video & gambar entiti berambut panjang berpakaian putih tular di kompleks kerajaan Putrajaya.
  • Perawat Islam dipanggil untuk 'bersihkan' kawasan selepas kejadian menakutkan.
  • Papan tanda laluan kecemasan bergoyang sendiri, cetus suasana seram.
  • Netizen dakwa bangunan kerajaan diganggu makhluk halus, ada kakitangan seolah sahkan.
  • Sebahagian warganet nafikan, kata gambar disunting & papan tanda bergoyang sebab aircond.

"Siap pasang speaker apa semua... tengok gambar budak-budak pejabat ni kongsi, meremang," ujarnya di Thread.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai komen daripada warga maya termasuk mereka yang mendakwa berkhidmat di pejabat tersebut.

Ada yang seakan mengesahkan kejadian tersebut benar-benar berlaku dan mengganggu kakitangan kerajaan di pejabat berkenaan.

Ramai yang menyatakan gambar tersebut adalah suntingan.

Ramai yang menyatakan gambar tersebut adalah suntingan.

"Kejap tadi masa nak balik pun ada berlaku sesuatu tapi tak boleh dihebohkan untuk elak cerita tak benar dan tokok tambah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Salah seorang pekerja pembersihan saya, ragu-ragu juga sama ada betul atau tidak," ujar netizen yang dipercayai kakitangan di kompleks kerajaan terbabit.

Bagaimanapun, segelintir netizen pula menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan gambar yang dikongsikan adalah suntingan semata-mata.

Malah ada  yang menyatakan papan tanda berkenaan bergoyang disebabkan berada di bawah corong penyaman udara pejabat terbabit.

"Sudah tentu bergoyang, bawah aircond.

"Bawah corong angin, memang bergoyanglah papan tanda tu.

"Nampak sangat sunting tu, untuk pengetahuan, cik ti (pontianak) ni rambut sampai kaki dan lebih tau, kain pun lusuh, bukan putih macam ni, bau pun sangat busuk," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain