suria

Wanita ditangkap khalwat dengan tiga lelaki di bilik hotel... ‘Check-in’ lepas dibawa makan malam

Wanita ditangkap khalwat bersama tiga lelaki ketika operasi cegah maksiat pada malam Isnin. -Foto Sinar Harian

SEORANG wanita berusia 23 tahun ditangkap berkhalwat bersama tiga lelaki dalam sebuah bilik hotel di Kluang, Johor.

Serbuan tersebut dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerusi operasi cegah maksiat pada Isnin malam.

Menurut JAINJ, serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dijalankan hasil maklumat awam dan pemeriksaan mendapati wanita terbabit secara sukarela bersama mereka, malah dipercayai mengenakan bayaran.

Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan mengetahui bilik itu turut dihuni dua lagi lelaki berusia lingkungan 20-an.

Hasil pemeriksaan juga mendapati mereka menyewa bilik berkenaan secara dalam talian untuk dua malam dan ditahan pada hari kedua penginapan.

Kesemua mereka kini disiasat mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai dipercayai baru berkenalan dengan salah seorang lelaki terbabit, sebelum diajak ke hotel selepas makan malam bersama.

Artikel Lain