suria

Pelajar universiti swasta jatuh dari tingkat 22 kondominium, bapa dakwa anak gadis mangsa buli

Bapa mangsa berkongsi gambar di lokasi kejadian. -Foto Sinar Harian

SEORANG bapa mendakwa anak perempuannya yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 22 pada pagi Rabu adalah mangsa buli.

Dia yang dikenali sebagai Jeff Ho kemudiannya membuat laporan polis berhubung kematian penuntut sebuah universiti swasta di ibu negara berusia 22 tahun itu.

"Saya diberitahu oleh rakan-rakannya bahawa pelajar lain di universitinya telah membulinya secara mental.

 

"Terdapat tekanan daripada rakan-rakannya kerana perbezaan pendapat," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Jeff mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik tersebut pernah meluahkan masalah sama kepada kakak dan adiknya sebelum ini.

Malah dakwanya, pada minggu lalu pengawal keselamatan ada menyelamatkan mangsa daripada terjatuh dari rumahnya.

Susulan itu Jeff menggesa pihak berkuasa mengambil perhatian mengenai perkara itu untuk mengelakkan orang lain daripada berakhir dengan keadaan seperti anak gadisnya.

Mereka yang mengalami masalah kesihatan mental atau terfikir untuk membunuh diri boleh menghubungi Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau 019-261 5999 di WhatsApp); Pusat jagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (011-1959 8214 di WhatsApp); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929, pergi ke www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk senarai penuh nombor dan waktu operasi, atau e-mel sam@befrienders.org.my. -The Star

Artikel Lain