suria

Selang 14 jam, seorang lagi penuntut universiti maut terjatuh di kondominium sama

Bedah siasat lazimnya dilakukan untuk menentukan punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

HANYA berselang beberapa belas jam, seorang lagi pelajar universiti maut terjatuh dari sebuah kondominium, dekat ibu negara pada Rabu.

Mayat pelajar lelaki itu ditemui berhampiran gelanggang bola keranjang kondominium tersebut pada pukul 8.30 malam Rabu, lapor portal bahasa Inggeris Sin Chew Daily.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari blok berasingan, di kondominium yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar universiti swasta jatuh dari tingkat 22 kondominium, bapa dakwa anak gadis mangsa buli

Bapa pelajar perempuan tersebut yang dikenali sebagai Ho, membuat laporan polis mendakwa anaknya yang merupakan pelajar jurusan perhubungan awam di sebuah universiti swasta, mungkin menjadi mangsa buli.

Ujar Ho, dia dimaklumkan oleh pihak pengurusan kondominium bahawa anak perempuannya terjatuh dari tingkat 22 pada pagi Rabu.

Mereka yang mengalami masalah kesihatan mental atau cenderung mempunyai fikiran untuk membunuh diri boleh menghubungi Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau 019-261 5999 di WhatsApp); Pusat jagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (011-1959 8214 di WhatsApp); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929, pergi ke www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk senarai penuh nombor dan waktu operasi, atau e-mel sam@befrienders.org.my. -The Star

Artikel Lain