SEBUAH pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dengan satu insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) pada pukul 9.05 malam, Khamis.
Menerusi satu kenyataan, TUDM memaklumkan pihaknya kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.
"Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih," menurutnya.
Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial memuat naik sebuah video [Tonton Video] memaparkan sebuah pesawat terbakar sejurus selepas berlepas dari landasan.
"Kejadian di Kuantan sebentar tadi 21 Ogos 2025. Jet hornet TUDM. Dikhabarkan pilot sempat keluar," tulisnya.