INSIDEN kehilangan barang berharga termasuk wang tunai selepas 'ditegur' individu tidak dikenali semakin berleluasa masa kini.
Terbaharu, satu kejadian didakwa berlaku di sebuah surau di Damansara Perdana, Selangor yang melibatkan seorang wanita berusia dipercayai warga Indonesia.
Kejadian itu diceritakan Alya Daniel Maleky yang turut berada di lokasi berkenaan ketika kejadian berlaku.
Walau bagaimanapun dia tidak menyaksikan kejadian tersebut berlaku kerana masih berada di dalam surau.
Ramai yang memilih solat di surau apabila kesuntukan masa. -Gambar hiasan
"Tolong hati-hati, benda nak jadi dalam sekejap je. Dalam pukul 6 petang semalam (Khamis), kami singgah solat di surau Damansara Perdana.
"Surau tu memang sunyi kalau bukan peak hour, masa tu ada dua orang je perempuan... saya dengan seorang makcik Indonesia.
"Makcik tu habis (solat) dulu, dia keluar awal... saya pula sambung touch-up solekan," ujarnya mengimbau situasi sebelum kejadian berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Dipukau Lelaki ‘Kopiah’, Barang Kemas Dua Nenek Lesap
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela hati serah barang kemas dipakai dakwa dipukau, pelaku tenang buat jenayah! Lebih 24 jam baru sedar emas hilang
Menurut Alya, suaminya yang menunggu di luar surau sambil bercakap telefon ternampak makcik terbabit ditegur oleh seorang lelaki yang raut wajahnya seperti penduduk dari Asia Barat Daya.
Daripada pandangan mata, suaminya melihat lelaki terbabit bertanyakan jalan.
"Suami tengah tunggu kat luar sambil cakap telefon, dia nampak macam ada seorang lelaki muka orang Asia Barat tegur makcik tu, tanya jalan.
- Kes kecurian barang berharga selepas ‘ditegur’ orang asing makin berleluasa.
- Kejadian terbaru libatkan seorang wanita warga Indonesia di surau Damansara Perdana.
- Mangsa dikatakan dipukau lelaki berwajah seperti warga rakyat dari Asia Barat hingga menyerahkan telefon, dompet dan barang kemas tanpa sedar.
- Wanita itu hanya tersedar selepas kehilangan barang dan dibantu sekumpulan individu berbangsa India.
- Netizen bimbang kerana kejadian seumpama itu berlaku di surau/masjid, tempat yang sepatutnya selamat.
"Tiba-tiba makcik tu menjerit dan menangis minta tolong. Makcik tu tak sedar dia bagi telefon, rantai emas, dompet semua pada lelaki Iran tu.
"Dia sedar pun lepas (barang) dah tak ada, mungkin kena pukau," jelasnya lagi.
Ketika dihubungi mStar, Alya berkata dia tidak mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang berlaku kepada mangsa tersebut.
Warga maya meluahkan kebimbangan berhubung pendedahan Alya.
"Apa yang saya tahu ada satu grup India datang tolong... masa tu dia tengah menangis, baru sedar. Orang yang pukau tu dah tak ada dah (di lokasi)," tambahnya.
Di ruangan komen, netizen termasuk mereka yang turut menggunakan surau di lokasi berkenaan tampil meluahkan kebimbangan.
"Bahayanya sekarang ni, macam-macam cara orang nak merompak.
"Kat masjid pun mereka boleh buat perkara keji ni.
"Terima kasih info sis, boleh tahu surau area mana sebab saya kerap ke sana," demikian reaksi netizen.