suria

Anggota TUDM hilang di Batang Kali ditemui selamat di Ampang

Muhammad Ammar ditemui di sebuah kediaman di Ampang Jaya pada petang Rabu.

ANGGOTA Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu akhirnya ditemui selamat pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, Laskar Udara Kanan, Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, ditemui di sebuah kediaman di Ampang Jaya.

Tambahnya, tiada unsur jenayah dikesan berhubung kehilangan anggota TUDM itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota TUDM gagal dikesan sejak seminggu lalu, hilang selepas mandi sungai

"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menemui anggota tersebut dalam keadaan selamat dan tiada sebarang tanda kecederaan," katanya.

Tambah Muhamad Farid, polis kini sedang meneliti punca sebenar di sebalik kehilangannya.

Difahamkan, kenyataan rasmi dijangka akan dikeluarkan kemudian.

Media pada Isnin melaporkan, Muhammad Ammar kali terakhir dilihat berada di Sungai Kedondong, Batang Kali pada 23 Ogos kira-kira pukul 4.30 petang.

Rakan sebilik Muhammad Ammar cuba menghubunginya kira-kira pukul 6 petang pada 24 Ogos, tetapi telefon bimbitnya dimatikan.

Satu laporan polis dibuat oleh seorang anggota TUDM pada 25 Ogos, selepas Muhammad Ammar tidak melaporkan diri semula untuk Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT). -The Star

Artikel Lain

A. Aida masuk ICU