suria

[V] Kepala OCPD Dang Wangi luka berdarah, penduduk Kampung Sungai Baru baling batu

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Suzilme Affendy Sulaiman cedera dibaling batu.

KETUA Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman cedera selepas dibaling dengan batu pada pagi Khamis.

Menerusi foto dan video yang dikongsi di media sosial, kelihatan darah mengalir di kepala dan wajah Suzilme Affendy.

Dia diserang ketika berada di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi mengawal keadaan ketika operasi pemotongan bekalan elektrik.

Difahamkan, beberapa kediaman berdepan tindakan itu susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses perobohan struktur rumah.

Bagaimanapun, suasana di lokasi itu bertukar tegang apabila penduduk yang berdepan tindakan pengusiran enggan berpindah keluar.

Beberapa individu turut berkongsi rakaman [Tonton Video] kekecohan yang berlaku di kawasan itu.

Dalam satu video yang dikongsi di TiKTok, kelihatan orang ramai menjerit sambil menolak anggota polis yang sedang berkawal.

Artikel Lain