suria

Suspek tikam wanita, pasangan di Guar Chempedak direman 6 hari

Suspek yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes tikam dua individu di Guar Chempedak, Khamis lalu, direman enam hari. -Gambar hiasan (kanan)

LELAKI yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan kejam seorang wanita dan pasangannya di Taman Nona, Guar Chempedak, Kedah pada Khamis, direman selama enam hari bagi membantu siasatan. 

Majistret Noor Fazlina Musa membenarkan reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu bermula Sabtu (13 September) hingga 18 September.

Terdahulu, suspek yang berbaju lokap berwarna oren dibawa menaiki kenderaan polis dan tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada pukul 8 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua individu mati ditikam... Mayat lelaki dibiar tertiarap atas jalan, mangsa wanita pula dalam kereta

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohd Hamizi Abdullah mengesahkan suspek ditahan di Kuala Terengganu pada pukul 9.45 pagi, Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, status hubungan suspek dengan mangsa wanita masih dalam siasatan.

Media pada Jumaat melaporkan dua individu ditemukan maut dengan kesan tikaman pada badan dalam kejadian di Taman Nona, Guar Chempedak pada Khamis malam.

Dalam insiden kira-kira pukul 9.40 malam itu, seorang lelaki berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan di hadapan sebuah kediaman manakala mangsa wanita ditemukan tidak bernyawa di dalam kereta. 

Kejadian itu disedari penduduk setempat sebelum melaporkannya kepada polis.

 

Artikel Lain