SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa menikam bapanya hingga maut di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Selangor pada awal pagi Sabtu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid, mangsa berusia 62 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah, dalam kejadian pada pukul 3.01 pagi itu.
Jelas Ridzuan, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan susulan laporan diterima
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek kini direman sehingga 19 September (Jumaat)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek berhubung isu harta keluarga.
Ridzuan turut menambah bahawa bedah siasat terhadap mangsa akan dijalankan. -The Star