suria

[V] Syed Saddiq tamatkan saingan Ironman dunia dalam 13 jam... Bella Astillah ikut lari beri sokongan

Kehadiran Bella yang menemani Syed Saddiq turut mencuri perhatian ramai.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan Kejuaraan Ironman Dunia 2025 dengan catatan masa 13 jam, 4 minit dan 36 saat.

Kejayaan itu diraih Syed Saddiq ketika dia menyertai acara berkenaan yang berlangsung di Nice, Perancis.

Dalam saingan itu, Syed Saddiq membuktikan ketahanan fizikal dan mental apabila perlu berjaya menamatkan renangan sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180 km dan maraton 42 km.

Menerusi perkongsian penaja Syed Saddiq iaitu Primavalet, keluarganya turut berada di sana untuk memberi sokongan.

Paling mencuri tumpuan tentunya pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang dilihat turut hadir ke acara itu.

Dalam satu hantaran [Tonton Video], Bella turut berlari dari kawasan penonton bagi memberi semangat buat Syed Saddiq.

Rata-rata netizen turut menitipkan ucapan tahniah kepada Syed Saddiq dan berseloroh agar dia cepat mendirikan rumah tangga dengan Bella.

"Alhamdulillah hilang dah penat lelah Bella lari sekali. Kami saksi cinta korang tau. Kalau tak jadi (kahwin) siap kami gegar Parlimen.

"Gigih Bella berlari nak support YB. Korang, ni bukan filem Hindustan tau.

"Sebak, tahniah YB. Pencapaian yang hebat. Antara contoh anak muda yang terbaik," tulis netizen.

Artikel Lain