suria

"Aku tak mencuri!" - Zara Qairina menangis teresak-esak, bersumpah lepas dituduh curi barang ketua asrama

Zara nafi ketika dituduh mencuri oleh pelajar di asrama pada 16 Julai lalu.

SEBELUM ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama, pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir dilaporkan menangis teresak-esak sambil menafikan tuduhan mencuri.

Perkara itu didedahkan saksi kelapan inkues, Azhari Abd Sagap, 31, yang juga ketua warden asrama berkenaan.

Menurut Azhari, beberapa pelajar dari dorm bersebelahan mendakwa barangan mereka hilang sebelum melakukan siasatan sendiri. 

Mereka kemudian menggeledah lokar dan beg Zara Qairina dan menemukan pin Jalur Gemilang milik ketua asrama.

"Mereka berdepan dengan Zara dan memintanya bersumpah bahawa dia tidak mencuri. 

"Zara bersumpah, namun ketua dorm ada mengeluarkan kata-kata kasar," jelas Azhari di Mahkamah Koroner, pada Rabu.

Katanya lagi, Zara menafikan tuduhan tersebut sambil menangis dan menjerit 'Aku tak mencuri!' sebelum meninggalkan bilik.

Itulah kali terakhir Zara dilihat rakan-rakan sebelum dia ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama.

Azhari yang mengajar subjek Bahasa Arab berkata, dia mengumpulkan kenyataan bertulis daripada lima pelajar terlibat sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa. -The Star

Artikel Lain

“Belum ada tarikh” - Erra Fazira