suria

[V] Khusyuk, bacaan merdu dan jelas... Pakcik solat di ruang wuduk masjid didakwa kena sihir, dulu bergelar imam

Tangkap layar video memaparkan seorang pakcik sedang mendirikan solat di ruang wuduk.

RAKAMAN video menunjukkan seorang lelaki yang keadaannya kusut masai dalam posisi sedang mendirikan solat tanpa sejadah di tempat mengambil wuduk sebuah masjid mencuri perhatian ramai.

Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok Masjid Mukim Paloh Rawa yang terletak di Machang, Kelantan.

Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan yang dilihat memakai baju-T biru dan kain pelikat lusuh mengalunkan bacaan surah al-Fatihah sebelum menyambung dengan surah al-Fiil.

Meskipun kamera semakin menghampirinya, dia tetap meneruskan ibadah dengan penuh khusyuk sambil mata memandang ke lantai.

Hantaran yang tular di TikTok [tonton sini] itu kini meraih lebih 4 juta tontonan.

Bagi menjawab persoalan ramai, seorang individu yang mendakwa dirinya anak saudara lelaki tersebut tampil memberi penjelasan.

"Saya tolong jawab persoalan ini ye. Ini bapa saudara saya. Dia dulu seorang imam. Dia boleh jadi macam ni sebab ada hamba Allah yang menggunakan ilmu hitam.

"Tapi walaupun bapa saudara saya macam ni je, dia selalu bertasbih (berzikir) pada Allah," tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat ketekunan lelaki itu menunaikan solat biarpun dalam keadaan serba kekurangan.

"Makhraj pun jelas, dia tak 'kosong'.

"Yang dah ada 'tiket' ke syurga pun solat... Kita?

"Sedap bacaannya. Dia bukan orang biasa. Ada asbab dia jadi sedemikian rupa.

"Suara macam imam zaman dulu-dulu masa dekat kampung. Allahu pakcik yang mulia di sisi Allah. Kami yang hina, jahil ini rasa sedih," ujar beberapa pengguna TikTok.

Artikel Lain

“Belum ada tarikh” - Erra Fazira