suria

Program Merdeka@Kampung Angkat Madani Miti berlangsung meriah, penuh semangat perpaduan

Ketua Setiausaha Miti Hairil Yahri Yaacob menyertai perarakan dalam Program Merdeka@Kampung Angkat Madani 2025.

KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) bersama warga Kampung Batu 3, Semenyih, pada Sabtu menjayakan Program Merdeka@Kampung Angkat Madani 2025 dengan penuh semangat kemerdekaan dan perpaduan.

Menurut Ketua Setiausaha Miti, Hairil Yahri Yaacob, pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk sejak Kampung Batu 3 diangkat sebagai Kampung Angkat MITI pada Mac lalu.

Penduduk kampung termasuk kanak-kanak turut hadir memeriahkan acara itu.

Penduduk kampung termasuk kanak-kanak turut hadir memeriahkan acara itu.

Antara inisiatif tersebut termasuk projek menaik taraf dan menceriakan Masjid Kampung Batu 3, program menceriakan kawasan kampung serta usaha menambah sumber ekonomi melalui penanaman buluh dan rumput vertiver.

"Turut dilaksanakan ialah projek baik pulih jalan utama bernilai RM600,000 dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berjaya disiapkan sebulan lebih awal," ujarnya ketika berucap dalam program itu.

Program Merdeka@Kampung Angkat Madani 2025 berlangsung dengan penuh semangat kemerdekaan dan perpaduan.

Program Merdeka@Kampung Angkat Madani 2025 berlangsung dengan penuh semangat kemerdekaan dan perpaduan.

Tambahnya, program itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti Fun Walk, pertandingan anyaman, gubahan, mewarna, sukaneka serta khidmat penyelenggaraan motosikal percuma oleh MARii.

"Program ini bukan sahaja menyatukan warga Miti dan penduduk kampung, malah menjadi cerminan semangat gotong-royong dan kebersamaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu," kata Hairil lagi.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk kampung itu sejak Mac lalu.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk kampung itu sejak Mac lalu.

Dalam ucapannya, Hairil turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini termasuk SIRIM, MARii, Johor Corporation Bhd., MB Performance Sdn. Bhd., Proton Holdings Bhd. dan NAICO.

“Bersama kita terus menyemarakkan semangat Malaysia Madani, membina masa depan negara yang makmur, inklusif dan bersatu padu,” katanya.

"Bersama kita terus menyemarakkan semangat Malaysia Madani, membina masa depan negara yang makmur, inklusif dan bersatu padu,” ujarnya lagi.

 

Artikel Lain

“Belum ada tarikh” - Erra Fazira