suria

Tengku Amir pilih Afzaa Fadini... Istiadat Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor 2 Oktober

Raja Muda Selangor bakal berkahwin pada 2 Oktober.

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Saharafuddin bakal mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz pada 2 Oktober depan.

Menurut kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Istiadat Pernikahan Diraja pasangan itu akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

"Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober," menurut kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, satu majlis bacaan Yassin dan doa selamat juga akan diadakan di seluruh negeri Selangor pada 25 September.

Pengumuman berita gembira berkenaan turut dihujani ucapan tahniah daripada pengguna media sosial.

"Alhamdulillah, selamat pengantin baharu. Semoga kekal ke akhir hayat.

"Alhamdulillah, tahniah Tengku Amir," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain

“Belum ada tarikh” - Erra Fazira