suria

RON95 RM1.99 seliter bermula 30 September

RON95 dijual pada harga RM1.99 bermula 30 September ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rakyat Malaysia akan menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter bermula 30 September ini.

Perkara itu diumumkan oleh Anwar pada perjumpaan beliau bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin.

Menurut Anwar, pembayaran kadar baharu itu boleh dibuat menggunakan MyKad di kaunter pam atau menerusi aplikasi stesen minyak.

"Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.

"Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan Madani dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara," tulisnya.

Tambah Anwar, manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai 28 September.

Intipati pengumuman Perdana Menteri

1. Harga Petrol RON95

Mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia dapat membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter.

2. Harga untuk Bukan Warganegara

Bukan warganegara akan membayar harga tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

3. Kelayakan Automatik BUDI95

Semua warganegara Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan, dengan lesen memandu aktif, secara automatik layak menikmati manfaat BUDI95.

4. Siling Kelayakan Bulanan BUDI95

Setiap warganegara diberi siling kelayakan bulanan 300 liter.

Pemandu e-hailing dikecualikan daripada siling kelayakan ini dan boleh memohon nilai lebih tinggi.

 

Artikel Lain

“Belum ada tarikh” - Erra Fazira