suria

[V] Kecoh isteri terjah suami curang di klinik... Siap tarik rambut, bagi penampar! - “Kenapa ajak laki orang teman?”

'Drama' di sebuah klinik kesihatan yang tular di TikTok sejak Rabu.

KECOH di TikTok memaparkan 'drama' di sebuah klinik kesihatan apabila seorang wanita menerjah lelaki dipercayai suaminya yang menemani seorang wanita lain sedang mengambil ubat.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, 'pasangan' tersebut pada mulanya tidak menyedari gelagat mereka dirakam, dengan si lelaki cuba memaut bahu wanita yang ditemaninya itu.

Jelas kelihatan raut wajah kedua-duanya terkejut selepas 'terkantoi' dan si lelaki terus melepaskan pautan tangan pada bahu wanita tersebut sambil rakaman terus dibuat.

Tanpa menghiraukan pengunjung lain di klinik, wanita berkenaan menarik rambut 'teman' kepada suaminya itu sambil mengejarnya yang cuba melarikan diri. 

"Kau siapa? Kau siapa?" kedengaran suara wanita tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami curang ketika berada di ‘puncak’, isteri sarat hamil anak kelima - “Menyesal berhenti kerja ikut cakap dia”

Situasi menjadi semakin panas apabila wanita itu menampar muka suaminya, ketika lelaki tersebut seolah-olah cuba mempertahankan 'temannya' itu. 

Video berkenaan sehingga kini meraih lebih 6.1 juta jumlah tontonan dalam tempoh kurang 24 jam ia dimuat naik.

Tidak berpuas hati, wanita tersebut mengekori kedua-duanya yang keluar dari klinik dan terus mengasak dengan pertanyaan demi pertanyaan sambil membuat rakaman menggunakan telefon bimbit. 

Wanita berkenaan bersemuka dengan suami dan 'temannya' di luar klinik.

"Ni ubat apa? Kenapa kau ajak laki orang teman? Lelaki lain tak ada ke?" tanyanya lagi kepada 'teman' suaminya itu. 

Bagaimanapun kedua-duanya menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa. 

"Dia tak ada kaitan... abang dia kawan aku. Kau tak boleh sentuh dia. Kalau dia report polis, kau yang kena," jawab suami wanita tersebut.

Beberapa video lain yang dimuat naik oleh wanita tersebut turut meraih jutaan jumlah tontonan.

Bagaimanapun, lokasi kejadian dan kesudahan 'drama' berkenaan tidak diketahui. 

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki berkenaan dan mengesyaki dia mempunyai hubungan dengan wanita yang ditemaninya itu. 

Dalam pada itu, ruangan komen turut dibanjiri dengan luahan simpati netizen terhadap si isteri, selain memberinya kata semangat.

"Aku dah stalk akak ni. Cantik, anak-anak comel. Apa lagi yang tak cukup wahai si suami?

"Suami sepatutnya protect isteri, walau apa keadaan sekali pun. Bukannya perempuan lain. 

"Kenapa tak ajak abang sendiri yang teman ke klinik?" komen netizen. 

 

Artikel Lain