SEORANG bayi lelaki yang dipercayai menghidap sindrom Down ditemui ditinggalkan di dalam sebuah kotak di perhentian bas berhampiran Surau Batu 5, Alai, Melaka pada malam Jumaat.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu masih bertali pusat ketika ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 9.20 malam.
Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Halyjah Muhamad, bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka mengesahkan bayi tersebut menghidap sindrom down. Pemeriksaan dijalankan pada Sabtu (27 Sept)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan satu laporan telah dibuat berhubung penemuan bayi tersebut.
"Unit D11 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian, namun tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan berhampiran," katanya.
Setakat ini, tiada saksi tampil untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk meninggalkan atau membuang bayi. -The Star