suria

Gempa bumi lemah landa perairan Batu Pahat

Gegaran lemah melanda Batu Pahat pada Sabtu.

SATU gegaran berukuran 3.5 magnitud direkodkan di perairan Batu Pahat, Johor pada Sabtu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Jabatan Metereologi Malaysia (Met Malaysia) pada Sabtu.

"Gempa bumi lemah berlaku di perairan Batu Pahat pada pukul 9.04 pagi, 27 September 2025.

"Gegaran mungkin dirasai di sekitar Batu Pahat. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut kenyataan itu.

Gegaran itu berpusat di koordinat 1.7° Utara dan 103.1° Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Tambah Met Malaysia, lokasi gempa terletak kira-kira 25 kilometer dari tenggara Batu Pahat.

 

Artikel Lain