suria

Tragedi jatuh kumbahan… Rakan baik ziarah pusara Abdul Fatah setiap hari, hadiah pemadam pensil jadi pengubat rindu

Qarnain setiap hari menziarahi pusara Abdul Fatah.

PEMERGIAN Allahyarham Abdul Fatah Khairol Rizal yang maut akibat terjatuh lubang kumbahan pada Sabtu sekali lagi mengundang air mata selepas sahabat karibnya dilihat menziarahi pusara kanak-kanak itu setiap hari.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan di media sosial, kanak-kanak dikenali sebagai Qarnain, 9, itu dilihat duduk sambil memerhatikan pusara rakan sebayanya itu.

Berdasarkan perkongsian bapa Abdul Fatah iaitu Khairol Rizal Mustafar di TikTok [Tonton Video], kedua-dua kanak-kanak itu duduk bersebelahan di dalam kelas dan mempunyai hubungan yang amat rapat seperti adik-beradik.

Qarnain meluangkan masa menziarahi pusara Abdul Fatah selepas sekolah.Qarnain meluangkan masa menziarahi pusara Abdul Fatah selepas sekolah.

"Pakcik tahu Qarnain rindu dengan Abdul (Fatah) kan? Pakcik pun sama macam Qarnain. Maaf kan pakcik sebab masukkan gambar Qarnain di sini.

"Bila kita rindu nanti, kita tengok kat sini ya sayang. Kita doa baik-baik. Di akhirat nanti kita akan jumpa Abdul.

"Sebab nabi sebut 'kita akan bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia. Jangan risau pasti Abdul akan jemput kita bersamanya di dalam syurga," katanya.

Tambahnya, meskipun usia masih kecil Qarnain sudah mengerti erti sebuah persahabatan yang ikhlas, jujur dan penuh kasih sayang.

Pemberian Abdul Fatah kepada Qarnain yang menjadi kenangan terakhir.Pemberian Abdul Fatah kepada Qarnain yang menjadi kenangan terakhir.

"Qarnain belajar rajin-rajin. Abdul selalu cakap pada pakcik, Qarnain ni budak pandai.

"Pakcik doakan Qarnain jadi anak soleh yang membahagiakan ibu dan ayah. InsyaAllah," katanya.

Perkongsian itu juga turut memaparkan gambar Qarnain menunjukkan pemberian terakhir Abdul Fatah kepadanya antaranya pemadam dan mainan blok.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, seorang murid tahun tiga maut selepas dikatakan lemas akibat terjatuh ke tangki kumbahan di sebuah sekolah kebangsaan di Lenggeng di Nilai, Negeri Sembilan.

Video rakaman memaparkan orang ramai menyelamatkan mangsa tular di media sosial.

Artikel Lain