suria

Dari Perodua Ativa ke Proton e.MAS, BSN tawar hadiah lumayan untuk pelanggan bertuah

Rezeki memihak kepada Nur Zawanah apabila dia memenangi sebuah Perodua Ativa menerusi kempen ‘Labur Dalam ASB & Menang’ BSN.

BANK Simpanan Nasional (BSN) terus memainkan peranan penting dalam menggalakkan keterangkuman kewangan dan mengukuhkan tabungan jangka panjang rakyat Malaysia menerusi produk pembiayaan BSN ASB/-i Term Financing.

Menerusi BSN ASB/-i Term Financing, pelanggan berpeluang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), dana unit amanah dengan pulangan tahunan konsisten melalui kemudahan pembiayaan. 

Inisiatif ini bukan sahaja membantu memaksimumkan potensi pelaburan, malah memberi ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk merancang dan memperkukuh perancangan kewangan mereka.

Seorang lagi pelanggan BSN yang memenangi pakej percutian bernilai RM20,000.

Seorang lagi pelanggan BSN yang memenangi pakej percutian bernilai RM20,000.

Kempen ‘Labur Dalam ASB & Menang’ yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Jun 2025 telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menabung dan melabur sambil berpeluang memenangi hadiah lumayan.

Kempen ini menutup tirainya dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang utama iaitu Nur Zawanah Zawawi yang berjaya membawa pulang sebuah kereta Perodua Ativa.

Dua lagi pemenang iaitu Elliah Gompoul dan Muhammad Md Ali, masing-masing memenangi pakej percutian bernilai RM40,000 dan RM20,000.

Kempen ‘Labur Dalam ASB & Menang’ berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Jun 2025.

Kempen ‘Labur Dalam ASB & Menang’ berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Jun 2025.

Dalam pada itu, BSN juga bakal melancarkan Kempen Akhir Tahun bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2025. 

Dalam tempoh ini, pelanggan yang memohon produk Pembiayaan BSN terpilih akan berpeluang memenangi sebuah Proton e.MAS sebagai hadiah utama.

Antara lain, BSN turut menawarkan hadiah bulanan sehingga RM50,000 termasuk pakej percutian, motosikal, dan banyak lagi.

Melalui inisiatif berterusan ini, BSN kekal dengan visinya ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’, memastikan penyelesaian kewangan yang ditawarkan mudah diakses, mampu dimiliki dan relevan bagi membantu masyarakat menyimpan, melabur, serta membina masa depan kewangan yang lebih terjamin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari bsn.com.my

 

Artikel Lain