SERAMAI 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa.
Menerusi hantaran mesej kecemasan di akaun Sumud Nusantara Official, kapal Sirius dilaporkan dipintas sekitar pukul 2.03 pagi (waktu Malaysia), pada Khamis sebelum semua penumpang kapal lain ditahan.
Beberapa nama terkenal tanah air turut berada dalam senarai mereka yang ditahan, termasuk penyanyi dan pelakon Zizi Kirana, aktivis serta pendakwah Heliza Helmi selain personaliti media sosial Farah Lee.
Berikut adalah senarai nama peserta mengikut kapal dinaiki
Kapal Sirius
1. Haikal Abdullah
2. Muaz Zainal
3. Zulfadhli Khairudin
4. Rusydi Ramli
Kapal Hio
1. Heliza Helmi
2. Nur Hazwani Afiqah Helmi
Kapal Grande Blu
1. Norfarahin Romli (Farah Lee)
2. Danish Nazram Murad
Kapal Huga
1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana)
Kapal Alma
1. Iylia Balqis
2. Musa Nuwayri
3. Sul Aidil
Selain mereka yang ditahan, lima lagi rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).
Kapal Estrella
1. PU Rahmat
2. Norhelmi
3. Mohd Asmawi
4. Norazman
Kapal Mikeno
1. Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana)
Misi GSF kali ini disertai lebih 500 peserta dari lebih 40 negara, membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta barangan asas ke Gaza.
Secara keseluruhan, seramai 23 rakyat Malaysia terlibat dalam misi GSF kali ini.
Kehadiran mereka sebagai sukarelawan adalah sebahagian daripada usaha solidariti antarabangsa membawa bantuan untuk rakyat Palestin yang terus terhimpit dengan sekatan rejim Israel.