suria

[V] Ahli Parlimen Portugal dedah tentera Israel layan sukarelawan Malaysia paling teruk

Mariana Mortagua memaklumkan sukarelawan Malaysia dilayan teruk oleh tentera Israel.

AHLI Parlimen Portugal, Mariana Mortagua mendakwa sukarelawan dari Malaysia paling teruk diserang oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menerusi sebuah rakaman tular [Tonton Video], Mariana turut meluahkan rasa kagum terhadap semangat yang ditunjukkan oleh sukarelawan Malaysia.

"Sukarelawan dari Malaysia paling teruk diserang oleh tentera Israel.

"Sukarelawan dari Malaysia juga antara yang paling bersemangat dalam memperjuangkan misi kemanusiaan ini," ujarnya.

Tambah Mariana, aktivis terkenal iaitu Greta Thunberg yang turut menyertai misi itu disifatkan sebagai individu yang sangat tabah.

Dia turut menzahirkan harapan agar aktivis muda itu dibebaskan segera.

Mariana merupakan salah seorang individu yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza.

Rakaman video temubual itu tular dalam kalangan warga maya Malaysia selepas ia dikongsi oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Bintu_ftmh pada Isnin.

Untuk rekod, misi GSF kali ini disertai seramai 497 peserta dari 46 negara termasuk 34 aktivis Malaysia.

 

Artikel Lain