suria

[V] PU Rahmat dipaksa bogel 3 kali, anggap tentera Israel penakut

PU Rahmat dedah pengalaman dipaksa berbogel ketika ditahan tentera Israel.

PENDAKWAH bebas, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat mendedahkan dia dibogelkan sebanyak tiga kali ketika menjadi tahanan Israel.

"Saya sendiri tiga kali kena bogel dan saya tak malu nak cakap benda ini sebab saya percaya kita semua lahir dalam keadaan bogel dan kita pun mati dalam keadaan bogel.

"Tiga kali saya dibogelkan hanya kerana dia takut ada senjata pada badan saya. Pertama dalam kapal tapi tiada orang melainkan tentera. 

"Kedua di imigresen, ketiga di penjara. Jadi nampak sangat mereka takut dengan senjata," ujarnya.

PU Rahmat berkongsi hal itu menerusi sebuah video [Tonton Video] yang dikongsi menerusi akaun Facebook.

Dalam video itu, PU Rahmat ditemubual oleh peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Ahmad Nazrin Abu Bakar di Istanbul, Turkiye.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ahli Parlimen Portugal dedah tentera Israel layan sukarelawan Malaysia paling teruk

Menurut PU Rahmat lagi, dia juga dapat melihat kelemahan tentera Israel dalam kejadian berkenaan.

"Bila mana tentera Israel, tentera haram ni masuk kapal kita, kita perhatikan pergerakan mereka tidaklah kemas mana.

"Kita walaupun bukan orang dalam bidang tentera, kita nampak mereka pun sangat berhati-hati atau ketakutan.

"Mereka ini satu bangsa yang penuh ketakutan sebab mereka tahu mereka salah. Orang salah je takut.

"Alhamdulillah, kita berada di pihak yang berani kerana benar," ujar PU Rahmat lagi.

Pada penghujung temubual itu, PU Rahmat juga sempat berseloroh tentang kejadian dia dibogelkan tentera Israel.

"Cuma sebagai penutup, saya suka buat lawak, kan saya kena bogel tiga kali, kalau ada video 'leaking' tu, padamlah," ujarnya.

Untuk rekod, PU Rahmat merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Artikel Lain