TULAR satu video memaparkan seorang wanita bersemuka dengan bapanya di sebuah restoran makanan segera kerana mendakwa lelaki berkenaan menjalinkan hubungan mesra dengan perempuan lain.
Dalam video yang dimuat naik [tonton video] pada Rabu, anak perempuannya itu meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan bapanya yang dikatakan berlaku curang dengan wanita dipercayai warga Indonesia.
"Mak aku tak pernah nak keluar dengan suami orang. Sedangkan bapa siap curang dengan perempuan Indonesia.
"Dia sanggup marah aku, pukul aku sebab betina tu. Sampai bila kita nak kumpul dosa bapa sendiri? Cukup la bapa. Sumpah aku kecewa sangat," tulisnya pada kapsyen video.
Dalam rakaman berdurasi 13 saat itu, pengadu hanya merakam wajah wanita yang didakwa mengganggu keharmonian keluarganya.
Dia juga cuba mendapatkan penjelasan daripada bapanya tentang situasi berkenaan.
"Kenapa bapa bawa dia pergi makan? Kenapa bapa tak bawa mak pergi makan? Kenapa bawa dia? Ni siapa?" aju si anak kepada bapanya.
Persoalan itu bagaimanapun tidak dijawab.
Susulan itu, pengadu memuat naik video kedua [tonton video] menjelaskan dia sudah beberapa hari dihantui rasa tidak sedap hati sebelum akhirnya memberanikan diri bersemuka dengan bapanya.
"Sebelum kantoi jumpa depan mata sendiri, tiga hari aku tak lalu makan. Tiga hari itu aku kerap jumpa korang (merujuk kepada bapa dan skandal). Sekarang aku tak boleh tahan," jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami kekecewaan dialami wanita tersebut dan menitipkan kata-kata semangat agar dia terus kuat menghadapi situasi itu.
"Yang pernah merasa tahulah betapa kecewa seorang anak tu macam mana.
"Tengah angau macam ni tak boleh buat apa la dik. Semoga baik-baik saja la untuk awak dan mak.
"Kena dengar kedua-dua belah pihak baru adil. Kita tak tahu apa masalah mereka. Tak jadi dekat keluarga kita dah cukup baik," komen beberapa netizen.