suria

PU Rahmat mohon maaf gurauan 'sama-sama banduan' dengan PMX

PU Rahmat (kanan) ketika berucap di pentas Himpunan Solidariti Bersama Gaza pada Rabu malam.

AKTIVIS kemanusiaan, PU Rahmat memohon maaf selepas menyebut 'sama-sama banduan' bagi merujuk persamaan dirinya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gurauan dianggap kasar oleh PU Rahmat atau nama sebenarnya, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan itu dibuat ketika dia berucap di pentas Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu malam.

"Maaf jika gurauan 'sama-sama banduan' tidak bagus kerana PMX juga bergurau dengan saya gurauan yang sama.

"Kadang kita kena belajar seperti PMX yang humoris. Apa pun saya juga belajar tidak bergurau begitu," katanya menerusi hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Malam yang cukup panjang” - Konvoi Global Sumud Flotilla dihujani serangan sekurang-kurangnya 10 dron Israel

ARTIKEL BERKAITAN: [V] PU Rahmat dipaksa bogel 3 kali, anggap tentera Israel penakut

Terdahulu, ketika berucap pada perhimpunan tersebut, PU Rahmat berkongsi pengalamannya sewaktu dalam tahanan rejim Zionis.

Menurutnya, tentera Israel sangat benci melihat pasport Malaysia dan mula mengeluarkan cacian sebaik melihat dokumen pengenalan warga Malaysia berwarna merah itu.

“Perkataan cacian akan keluar jika mereka nampak pasport Malaysia. Bila mereka minta pasport, saya cuba sorok kerana tidak mahu menyulitkan keadaan. 

"Tetapi apabila mereka melihat pasport Malaysia, saya dengar mereka mengeluarkan kata-kata kesat terhadap negara kita. Mereka marah terhadap pasport kita , bagi saya itu satu kemenangan," katanya.

Artikel Lain