suria

Polis teliti semua aspek punca pelajar tingkatan 4 dibunuh, termasuk dakwaan cinta ditolak

Shamsudin memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

POLIS meneliti semua aspek dan motif yang menjadi punca seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Bandar Utama 4, Petaling Jaya, Selangor dibunuh pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata pihaknya masih meneliti semua sudut termasuk kemungkinan suspek bertindak akibat cintanya ditolak.

“Namun, masih terlalu awal untuk mengesahkan motif sebenar. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes senior perempuan maut ditikam junior di sekolah tiada unsur buli

Terdahulu, kejadian sekitar 9.30 pagi itu menggemparkan negara apabila seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun menikam pelajar senior sekolah itu yang berusia 16 tahun.

Menurut maklumat awal, suspek, pelajar peralihan tingkatan 1 itu dipercayai menyerang dan menikam mangsa, yang belajar di tingkatan 4 ketika waktu persekolahan.

Dalam kejadian berhampiran tandas perempuan itu, polis turut merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -The Star

 

 

 

Artikel Lain

Ibu Hafiz Suip meninggal dunia