suria

Remaja perempuan maut ditikam pelajar junior di sekolah

Kes jenayah di sekolah tidak seharusnya berlaku. -Gambar hiasan AI

SEORANG pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama 4, Petaling Jaya meninggal dunia selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki pada Selasa.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 9.30 pagi selepas pelajar lelaki berkenaan dilapor membawa senjata tajam, dipercayai pisau, ke sekolah.

Menurut maklumat awal, suspek, pelajar tingkatan 2 dipercayai menyerang dan menikam mangsa, yang belajar di tingkatan 4 ketika waktu persekolahan.

Motif kejadian masih belum dikenal pasti. 

Pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Setakat tengah hari, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat bersama pasukan pegawai penyiasat berada di lokasi bagi mengumpul bukti serta mengambil keterangan saksi.

Satu sidang media dijangka diadakan di sekolah berkenaan bagi memberikan maklumat lanjut. - The Star.

Artikel Lain

Ibu Hafiz Suip meninggal dunia