SEORANG wanita dan anak perempuannya ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dipercayai dibunuh, di sebuah rumah di Juru, Pinang Pinang, malam Sabtu.
Difahamkan, mayat wanita yang berusia 50-an itu ditemukan oleh suaminya kira-kira pukul 7.30 malam di bahagian dapur rumah.
Sementara itu, anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun pula ditemukan di tingkat atas rumah terbabit.
Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail yang dipetik Berita Harian mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


