SEORANG lelaki berusia 57 tahun yang juga suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah sewa di Juru, Pulau Pinang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Ahad (19 Oktober).
Menurut sumber, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan kilang ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bagaimanapun, pihak polis belum mengesahkan sama ada lelaki itu suspek utama atau mengetahui motif pembunuhan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri, anak aku kena bunuh!” - Tular rakaman suara suami terketar-ketar beritahu tak dapat hadir kerja
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat dua beranak ditemukan dalam keadaan mengerikan, dipercayai dibunuh
Dalam kejadian pada Sabtu, mayat seorang wanita dan anak perempuannya ditemukan dibunuh dengan kejam di rumah sewa mereka.
Mayat wanita berkenaan ditemukan di dapur tingkat bawah dengan leher hampir putus, manakala anak perempuannya dijumpai tertiarap dan berlumuran darah di tingkat atas rumah separa kayu itu.
Kedua-dua mayat ditemukan oleh suami wanita berkenaan sekitar pukul 7.30 malam Sabtu sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa. -The Star


