DUA lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya di Kampung Sekolah di Juru, Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kedua-dua suspek seorang warga tempatan dan seorang warga asing berusia lingkungan 40-an ditahan secara berasingan pada Isnin.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk usaha untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.
Polis akan membawa kedua-dua suspek ke mahkamah pada Selasa untuk permohonan reman,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri, anak aku kena bunuh!” - Tular rakaman suara suami terketar-ketar beritahu tak dapat hadir kerja
ARTIKEL BERKAITAN: Suami direman 7 hari bantu siasatan kes pembunuhan kejam isteri dan anak perempuan
Menurut Azizee, polis turut menyiasat kemungkinan terdapat individu lain yang terlibat dalam kes tersebut.
Dalam kejadian pada Sabtu, mangsa adalah seorang penjual kuih berusia 51 tahun dan anak perempuannya berusia 11 tahun.
Mereka dipercayai dibunuh dan mayat mereka ditemukan oleh suami wanita tersebut sekitar pukul 7.30 malam di kediaman mereka.
Susulan penemuan itu, suami mangsa yang berusia 57 tahun turut ditahan reman selama seminggu sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-The Star


