KELEGAAN bagi bakal jemaah haji apabila Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan kos dan bayaran untuk menunaikan ibadah itu bagi jemaah Muassasah dikekalkan pada kadar RM33,300 seorang untuk musim 2026.
TH menjelaskan bahawa kadar tersebut tidak meningkat selama tiga tahun berturut-turut walaupun berdepan peningkatan kos di Tanah Suci.
Bagi musim haji musim 2026, TH akan menanggung lebih RM210 juta untuk Bantuan Kewangan Haji demi membantu kumpulan jemaah yang layak.
Bayaran haji kekal mengikut kategori pendapatan seperti berikut:
1. Kategori B40
RM15,000 (TH dan kerajaan menanggung 55 peratus atau RM18,300).
2. Kategori M40
RM23,500 (TH menanggung 29 peratus atau RM9,800).
3. Kategori T20
RM33,300 (tiada bantuan).
Jumlah bayaran termasuk bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah kumpulan B40.

TH turut memaklumkan bahawa sebanyak 31,600 bakal jemaah akan menerima surat tawaran haji bagi musim 2026 yang akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 24 Oktober 2025 (Jumaat).
Bagi mereka yang belum menerima tawaran, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 November melalui aplikasi THiJARI.


