suria

Mayat wanita tanpa seurat benang ditemukan dalam keadaan berikat... Mangsa berambut perang lepas bahu

Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian di Seri Kembangan pada Rabu.

MAYAT seorang wanita ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan berikat di tepi jalan berhampiran anak sungai di Blue Water Estate, Seri Kembangan, Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira pukul 3.45 petang daripada seorang lelaki.

Menurut Farid, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mempunyai ketinggian sekitar 144 sentimeter, berambut perang paras bahu, berkuku panjang serta memakai subang perak di kedua-dua telinga.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan agar menyalurkannya kepada polis dengan menghubungi balai berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222.

Artikel Lain