suria

[V] Kakak Prince Syed Shahid kongsi video adik ipar dalam wad, nafi ibu Fatin dihalang bertemu anak

Syarifah (gambar kanan, hujung) menjawab dakwaan yang mengaitkan adiknya, Prince Syed Shahid menghalang keluarga mentua bertemu isterinya.

KAKAK kepada usahawan Prince Syed Shahid, menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan pempengaruh berkenaan sebagai punca isterinya, Fatin Syazwani, sedang terlantar di hospital.

Menerusi hantaran di TikTok, wanita dikenali sebagai Queen Syarifah Syah berkata, mereka sedia tampil membuat penjelasan bagi menjawab dakwaan yang sedang tular.

Malah dia turut menyangkal dakwaan kononnya Prince Syed Shahid, menghalang keluarga Fatin daripada bertemu dengan wanita tersebut.  

ARTIKEL BERKAITAN: Staf kedai emas dikenakan tindakan lepas baling cincin kepada influencer… Melepas jualan RM90,000   

"Siapa yang cakap kami tak bagi (jumpa), tak baik fitnah.

"Memang kejam kalau kami tak bagi jumpa. Tapi kami tak buat macam tu. Tunggu video kami ya," tulisnya menjawab soalan netizen.

Dalam hantaran tersebut, Syarifah memuat naik video berdurasi lapan saat [Tonton Video], memaparkan dia dan Prince Syed sedang menemani Fatin di hospital.

"Moga adik iparku (Fatin) cepat baik, kisah sebenar hanya Allah yang tahu. Kakak tetap sayang korang," tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Bagaimanapun Syarifah tidak berkongsi lanjut mengenai masalah kesihatan serta perkembangan terkini Fatin.

Sehingga kini video tersebut meraih dua juta jumlah tontonan.

Sejak Ahad, kecoh di laman sosial video memaparkan dua individu dipercayai ibu bapa Fatin yang mendakwa mereka dihalang bertemu dengan anak perempuan sendiri.

Ibu Fatin turut mendakwa Prince Syed Shahid menjadikan wanita itu seperti 'tikus makmal' dan memaksanya menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk pelangsing badan.

Sementara itu, Prince Syed Shahid ketika dihubungi mStar memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan susulan dakwaan yang sedang tular.

Artikel Lain