suria

“Ini kesilapan pertama saya” - Lelaki buat ‘live’ bercakap lucah mohon maaf, akur setiap manusia buat silap

Pempengaruh berkenaan tampil membuat permohonan maaf menerusi laman sosial selepas menerima kecaman hebat.

SELEPAS teruk dikecam, pempengaruh yang menuturkan kata-kata kurang sopan terhadap seorang wanita warga Rusia ketika sedang makan di sebuah restoran, akhirnya tampil memohon maaf.

Menerusi hantaran di laman sosial, pempengaruh berkenaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sambil mengakui kesilapan tersebut berpunca daripada kelalaian diri sendiri yang terikut-ikut dengan komen netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Model Rusia ikut nasihat orang sekeliling, lapor polis selepas diri dipaparkan dalam video ‘live’ lucah lelaki tempatan

"Saya ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia yang melihat video semasa berada di restoran itu. 

"Saya tiada niat... saya terbaca komen-komen netizen yang minta macam-macam... saya anggap ini silap saya. 

"Manusia ni tak pernah tak buat silap. Ini kesilapan pertama kali saya. Selepas ini, siapa nak komen kata saya bodoh atau apa saja, tak apalah itu terpulang kepada anda," katanya dalam video berkenaan.

Pempengaruh tersebut turut menjelaskan bahawa tindakan isterinya yang turut ketawa di dalam video berkenaan tiada kena-mengena dengan apa yang berlaku ketika itu, tetapi merujuk kepada perkara lain.

Terdahulu, wanita warga Rusia yang dipaparkan dalam video berkenaan tampil membuat laporan polis pada pagi Jumaat.

Model berusia 26 tahun yang bernama Alisa Kasimova berkata tindakan tersebut diambil selepas mendapat nasihat dan pandangan daripada orang di sekeliling yang bimbang akan keselamatannya.

Dia turut meluahkan rasa kesal kerana pempengaruh terbabit bercakap lucah tentang golongan wanita di hadapan pasangannya sendiri.

Artikel Lain