suria

Model Rusia ikut nasihat orang sekeliling, lapor polis selepas diri dipaparkan dalam video ‘live’ lucah lelaki tempatan

Model Rusia Alice membuat laporan polis berhubung siaran langsung lucah melibatkan dirinya.

SEORANG wanita warga Rusia membuat laporan polis selepas tular rakaman video yang memaparkan dirinya dalam siaran langsung seorang pempengaruh lelaki di sebuah restoran.

Menerusi hantaran di Threads Alice Kasimova, dia menyatakan tindakan tersebut diambil selepas mendapat nasihat dan pandangan daripada orang di sekeliling yang bimbang akan keselamatan dirinya.

"Semua orang menyuruh saya pergi ke balai polis  dan saya melakukannya.

Salinan laporan polis yang dikongsikan.

"Saya bukan bertindak kerana marah, tetapi kerana berdiam diri hanya melindungi mereka yang menyakiti orang lain.

"Tiada wanita sepatutnya berasa takut untuk mempertahankan diri," ujarnya di Thread.

Pada masa sama, dia turut berkongsi salinan laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.37 pagi, Jumaat.

Berdasarkan salinan tersebut, Alice merupakan seorang warga Rusia berusia 26 tahun dan bekerja sebagai model.

Menerusi hantaran kedua, dia turut meluahkan rasa kesal kerana pempengaruh terbabit bercakap lucah tentang golongan wanita di hadapan pasangannya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Minah salih makan di meja sebelah... Lelaki ini melucah, berfantasi seks sambil buat ‘live’ TikTok

Selain itu, dia turut menyatakan lelaki tersebut telah pun dihukum apabila dengan rasa malu kerana melakukan perkara memalukan.

"Penjara mungkin terlalu berat. Dia sudah pun menerima hukuman sebenar, rasa malu.

"Sangat menyedihkan melihat seorang lelaki bercakap begitu tentang wanita, lebih-lebih lagi di depan pasangannya sendiri. Itu bukan lawak. Itu bukan tanda kekuatan.

"Saya mahu hidup dalam dunia di mana lelaki melindungi wanita, bukan sebaliknya," tambahnya.

Alisa Kasimova menjadi tular selepas dilihat dalam siaran langsung seorang lelaki yang dikenali dalam kalangan komuniti Kelantan.

Lelaki tersebut bercakap lucah dengan pengikutnya mengenai seorang wanita yang duduk di meja berdekatan sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Malah dalam rakaman berdurasi kurang satu minit itu, lelaki terbabit dilihat sedang makan bersama seorang wanita dipercayai isterinya.

Artikel Lain