KALAU dahulu hanya mekap RM30 di salun biasa, kini mampu bersanding di atas pelamin indah dengan jemputan selebriti.
Begitulah kisah dikongsikan Norasila Sail yang akhirnya dapat merealisasikan majlis persandingan impian selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, Norasila atau Sila berkongsi momen manis majlis resepsi bersama suami tercinta, Hafifi yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Pasangan ini mengadakan majlis kahwin pada Sabtu.
Namun apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah luahan hati jujur oleh Sila yang turut berkongsi semula gambar pernikahannya sewaktu dia berusia 17 tahun.
"Throwback gambar nikah, macam budak sekolah kena paksa kahwin lari. Mekap dekat salun RM30 je sebab itu yang mampu," tulisnya menerusi ruang kapsyen video.
Bukan biasa-biasa, majlis penuh bermakna itu turut dihadiri ahli keluarga, sahabat terdekat dan lebih istimewa, persembahan eksklusif daripada penyanyi popular Indonesia, Afganshah Reza.
ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan pengantin, hasrat tangguh buat majlis bertandang sebab tak cukup bajet ditolak... Keluarga tak setuju takut hilang seri
ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ‘terpaling’ hebat! Serik ke majlis reunion, rupanya ramai toksik... Bukan nak jumpa sangat tapi bangga canang pencapaian
Bercerita lanjut, menurut Sila, pada hari pernikahannya yang didakan di flat tempat tinggalnya, secara kebetulan berlangsung satu lagi majlis perkahwinan.
"Kebetulan hari yang sama, dekat rumah flat kami ada orang lain bersanding dan bila dah habis sanding kami pun pinjam la duduk dekat pelamin itu.
"Tengah duduk atas pelamin, pengantin sebenar pun lalu dan pandang sinis. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan," katanya lagi.
Walaupun tak pernah beli baju Qiszar tapi tumpang gembira tengok founder yang merendah diri macam ni.
NETIZEN
Bagi Sila, majlis kali ini bukan sekadar resepsi biasa tapi lebih kepada simbolik sebuah penghargaan selepas menempuh pelbagai fasa dalam kehidupan rumah tangga mereka.
Menariknya, untuk majlis ini Sila yang merupakan pengasas fesyen memilih untuk mengenakan busana dari koleksi jenamanya sendiri, Qiszar menjadikan semuanya lebih personal dan bermakna.
"Recreating (mencipta semula) majlis kahwin impian kami selepas 18 tahun berkahwin adalah satu pengalaman yang sangat mahal Allah hadiahkan buat kami berdua,” katanya penuh syukur.
Sila turut menjemput Afgan untuk memeriahkan majlis kahwinnya.
Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang terharu melihat perjalanan pasangan ini selain tumpang gembira apabila mereka dapat merealisasikan majlis yang diimpikan.
"Walaupun tak pernah beli baju Qiszar tapi tumpang gembira tengok founder yang merendah diri macam ni.
"Wah sumpah macam tak percaya dia pengasas Qiszar. Ingatkan Qiszar ni founder dia hebat-hebat. Sumpah bangga gila. Merendah dirinya.
"Sangat bangga dengan founder Qiszar, dari tak ada apa-apa bersama-sama suami. Kita pula yang sebak. Semoga berbahagia hingga ke syurga," kata beberapa netizen.