suria

Rasa diri bodoh! Tahan mata tolong jiran masak sampai 4 pagi, tuan rumah sedap tuai pujian - “Aku dah macam bibik”

Ada individu lebih gemar memasak sendiri hidangan yang mahu disajikan kepada tetamu. -Gambar hiasan

DALAM kehidupan bermasyarakat, amalan tolong-menolong sesama jiran merupakan satu amalan yang murni.

Namun dalam keikhlasan menghulurkan bantuan, tidak dinafikan ada segelintir individu tergamak mengambil kesempatan terhadap jirannya, sebagaimana kisah yang dialami oleh wanita ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut meluahkan rasa geram kerana terasa dirinya diperbodohkan selepas dia ikhlas menghulurkan bantuan ketika jirannya menerima kunjungan tetamu sempena Aidilfitri.

"Kisahnya dia WhatsApp aku kalut-kalut cakap baru balik kerja, tiba-tiba ada orang nak datang beraya rumah dia esoknya tu. 

Penganjuran rumah terbuka seakan-akan sudah menjadi trend ketika ini. -Gambar hiasan

"So dia kelam kabut minta tolong dia masak. Aku macam kesian, aku pergilah. Tup-tup semua aku buat seorang. Lima menu aku buat seorang! 

"Tuan rumah sekadar tolong itu ini sikit-sikit. Aku dah macam bibik dekat situ. Tuan rumah langsung tak reti apa, semua kena suruh, kena atur," tulisnya.

Tambah wanita tersebut, dia sama sekali tidak menyangka 'terperangkap' hingga lima jam di rumah jirannya itu sehingga selesai memasak juadah yang bakal dihidangkan pada majlis keesokan harinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru jumpa masa raya, wanita terkejut jiran hantar mesej lepas 2 hari... Tak pernah tempah kek, tapi didesak datang ambil

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran suka buat ‘kepala sendiri’, luaskan dapur sampai langgar sempadan! Apabila tegur terus nak ‘tabur’ duit, tak fikir isu kemudian hari

"Mereka ajak masak malam. Pukul 11 malam lepas tu tahan saya sampai pukul 4 pagi dengan macam-macam. Kalau siang saya boleh 'blah'.

"Saya tak kenal mereka betul-betul pun lagi so ini pengalaman pertamalah terkena," ujarnya lagi.

Apa yang lebih menyakitkan hati ujar wanita tersebut, jirannya seolah-olah berbangga apabila tetamunya memuji keenakan juadah sedangkan dia yang bertungkus-lumus di dapur.

Sebab inilah saya tak nak berbaik sangat dengan orang-orang terdekat.

NETIZEN

"Dia tak ada nak mention cakap saya yang masak. Dia macam acah-acah dia yang masak semua tu.

"Kalau korang tengok gambar masakan saya, mesti korang lagi sakit hati sebab kalau upah katering tu mahu beratus kena bayar.

"Sudahlah saya guna resipi beli. Banyak kesilapan. Pertama kali kena dan takkan kena dah," luahnya lagi.

Sebahagian daripada komen netizen.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya mengecam sikap jiran wanita berkenaan yang dianggap sebagai licik mengambil kesempatan.

Malah mereka menyarankan supaya wanita berkenaan 'membalas dendam' untuk memberi pengajaran kepada jirannya.

"Harap mereka buat acara makan-makan lagi. Tolong setuju jika mereka minta tolong. Kemudian last minute cakap awak demam or tangan terseliuh, atau bagi alasan lain.

"Hantar je invois upah masak tu. Lepas tu hantar dekat WhatsApp group taman declare awak yang masak. Jangan lupa tag dia, kata jangan lupa bayar.

"Sebab inilah saya tak nak berbaik sangat dengan orang-orang terdekat. Jiran ke kawan-kawan ke. Baik sikit-sikit dah la," komen netizen. 

  

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain