DALAM masyarakat kita, urusan jodoh bukan hanya melibatkan dua individu, tetapi turut membabitkan keluarga besar.
Jika ditelusuri perkongsian di media sosial, kita sering disajikan dengan luahan individu mengenai campur tangan ibu bapa dalam urusan memilih pasangan hidup.
Namun berlainan pula dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang mana bakal calon suaminya tidak 'direstui' oleh ibu saudaranya.
Apa yang lebih menyedihkan, campur tangan tersebut melampaui batas sehingga membawa kepada konflik dalam keluarga besarnya walaupun selepas dia sudah berumah tangga ketika ini.
Pertunangan merupakan satu fasa penting yang menguji kekuatan cinta dan komitmen antara dua hati. -Gambar hiasan
"Bila M**** (ibu saudara) tahu aku nak berkahwin dan bapa aku restu, terus dia melompat. Mulalah dia bantah cakap bapa aku, kata laki aku tiada masa depan bagai.
"Zaman aku dulu, orang kerja kilang ni ibarat orang tiada masa depan. End up macam gaduh sikit. Bapa aku jenis tak suka bergaduh. Aku tak tahu sangat sebab aku dekat universiti.
"M**** cucuk mak aku, ajak mak saudara dan bapa saudara lain join cucuk mak aku. Sampai mak aku jadi tak suka dekat suami aku," tulisnya mengimbas kembali kejadian berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Risau umur 30 tahun belum kahwin, kawan ibu datang bawa jodoh... Wanita bingung dapat calon duda anak satu - “Dia mati bini atau cerai?”
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Pantai Timur tak dapat restu keluarga BF orang utara... Bagi alasan tak rela lepas anak lelaki kahwin orang jauh
Disebabkan berlaku sedikit krisis kekeluargaan, wanita itu berkata persiapan serta majlis bertunang diadakan di kampung bapanya.
Malah ujarnya, sehari sebelum bertunang, tekanan demi tekanan terus diberi sehingga bapanya hampir terpengaruh dan majlis bertunang nyaris terbatal.
Macam mana pun itu mak. Dia yang besarkan aku, dia jaga makan pakai aku. Aku tak salahkan dia.
PENGADU
"Aku time tu darah muda. Aku pula simpan lama dalam hati. Aku text M****. Aku ckp, mak **** dah puas hatilah kan ayah suruh putus tunang? Ini semua sebab mulut mak **** lah.
"Start dari tu, maka berderailah hubungan kami. Mula-mula aku muhasabah. Aku fikir, aku ni hamak sangat berlaki ke? Sampai sanggup bergaduh dengan mak saudara ni," tulisnya.
Tambahnya, hubungan dingin tersebut berlarutan sehingga dia melangsungkan pernikahan dengan calon pilihan hati yang tidak disukai oleh ibu saudaranya itu.
"Sampailah kami kahwin, kami tak ada masalah pun suami isteri. Maksudnya, betullah. Aku pandai memilih suami.
"Maka, bermulalah kehidupan aku dipulau oleh seluruh keluarga mak aku, termasuk mak aku. Hanya yang menerima baik buruk kami, adalah bapa aku dan keluarga bapa aku," luahnya lagi.
Setiap individu mengimpikan untuk hidup berpasangan. -Gambar hiasan
Bagaimanapun wanita ini bersyukur kerana suaminya menerima dirinya dan keluarga seadaanya, sehinggalah usia perkahwinan mereka kini mencecah 10 tahun.
"Yang penting foundation diri tu kena kuat. Kena ada support sistem yang kuat. Untuk aku, support sistem aku untuk benda macam ni adalah suami aku.
"Soal mak aku ni, aku reda je. Macam mana pun itu mak. Dia yang besarkan aku, dia jaga makan pakai aku. Aku tak salahkan dia. Aku mencuba yang terbaik untuk pulihkan balik," akhirinya.