suria

Hanya mampu hulur RM300 sebulan, wanita serba salah mak asyik ‘siasat’ jumlah gaji... Sedar diri adik-beradik lain lebih kaya

Setiap anak perlu berusaha memenuhi keperluan ibu bapa apabila mereka semakin berusia. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berkongsi kisahnya yang kini dalam dilema apabila dia memilih untuk tidak bersikap jujur dengan ibu sendiri setiap kali ditanya tentang jumlah pendapatan bulanan.

Menurut wanita tersebut, dia lebih selesa untuk merahsiakan perkara itu kerana menganggap jumlah gaji adalah hal peribadi dan tidak perlu dikongsi secara terbuka, termasuk kepada ahli keluarga sendiri.

"Mak selalu tanya fasal gaji saya, tapi saya lebih selesa untuk tidak berkongsi. Bukan sebab tak nak, tapi saya rasa itu lebih baik jadi rahsia peribadi.

Seorang ibu kerap bertanya mengenai jumlah gaji anaknya terima. -Gambar hiasan

"Sejujurnya, gaji saya lebih rendah berbanding adik-beradik yang lain. Tapi setiap bulan, saya tetap beri mak ayah RM300.

"Bagi saya, itu jumlah yang sederhana dan buat masa ini saya belum bercadang nak tambah,” katanya dalam luahan tersebut.

Jelas wanita, sebagai anak dia tetap mengutamakan ibu bapa dengan memberikan duit belanja mengikut kemampuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji besar kerja di Singapura, kawan-kawan seronok ‘pau’! Asyik minta belanja tapi tak pernah ucap terima kasih

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun cuti raya tak lulus, gaji tak pernah naik... Wanita bertahan kerja di syarikat toksik sebab 2 perkara

“Mungkin sebab adik-beradik lain lebih terbuka pasal pendapatan, mak harap saya pun akan berkongsi sama.

"Tapi saya percaya, rezeki setiap orang tak sama. Apa yang penting, saya tetap hulurkan apa yang termampu,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata menyokong keputusan wanita itu untuk tidak mendedahkan pendapatannya.

Saya tak pernah dedahkan gaji dan tak kisah pun kalau saya dapat lebih atau kurang daripada adik-beradik.

NETIZEN

“Saya pun tak pernah beritahu jumlah gaji. Tapi setiap kali gaji naik, saya akan tambah sikit jumlah yang diberi kepada mak ayah.

"Saya faham sangat sis. Kita dalam kapal yang sama. Bagi saya, selagi kita ikhlas memberi dan rezeki tu berkat, itu pun dah cukup.

"Gaji tu benda peribadi. Tak perlu kongsi dengan sesiapa. Selagi kita tunaikan tanggungjawab, bayar bil dan sediakan makan minum, itu dah memadai," kata beberapa netizen.

Komen netizen di media sosial.

Seorang netizen turut berkongsi bahawa dia memberi jumlah lebih kecil kepada ibu bapanya berbanding wanita tersebut, namun menanggung sepenuhnya kos keperluan rumah.

"Saya tak pernah dedahkan gaji dan tak kisah pun kalau saya dapat lebih atau kurang daripada adik-beradik. Itu rezeki masing-masing. 

"Saya sendiri bagi mak ayah kurang daripada awak, tapi saya tanggung semua bawah bumbung seperti barang dapur, bil elektrik, kereta, makanan, percutian. Bagi ikut keselesaan nak beri berapa," kata netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain