SETIAP kali tibanya hari ulang tahun anak, rakan-rakan di kelasnya turut sama teruja.
Manakan tidak, kebanyakan ibu bapa zaman sekarang akan meraikan hari jadi anak mereka dengan mengadakan jamuan di sekolah.
Bukan sahaja dijamu dengan kek dan makanan lain, rakan-rakan sekelas anak turut bertuah menerima pelbagai hadiah yang disediakan dalam 'goodie bag'.
Namun, seorang wanita meluahkan kebimbangan sekiranya amalan itu menjadi tradisi atau kewajipan memandangkan bukan semua ibu bapa berkemampuan untuk berbuat demikian.
Bukan semua ibu bapa mampu meraikan hari jadi anak mereka secara besar-besaran. -Gambar hiasan
"Kenapa trend sekarang memberi hadiah kepada rakan sekelas, dan bukan sebaliknya?" soal seorang ibu di laman sosial.
Mengulas mengenai perkara itu, seorang individu berkata, adalah lebih baik mencipta memori bersama anak-anak sempena hari ulang tahun mereka, berbanding meraikannya di sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Sanggup berhabis RM300,000 meriahkan birthday anak usia 4 tahun, teruja lihat ucapan khas di pantai pulau persendirian dari helikopter
ARTIKEL BERKAITAN: Serba mewah! Anak umur 5 tahun diberi kejutan sambutan ‘birthday mahal’ di Dubai... ucapan di skrin Burj Khalifa, jumpa Salt Bae
Seperti dirinya sendiri, dia menggunakan peluang menyambut hari jadi anaknya dengan melancong bersama keluarga.
"Senang je macam ni, tak payah pun sambut kat sekolah. Buat kenangan dengan anak sendiri. Dua tahun lepas, kami pergi bercuti.
"Tahun ni sebab kita nak pergi cuti awal, saya tetap tak akan hantar dia ke sekolah semata-mata nak sambut hari jadi.
"Tengah fikir nak bawa dia pergi ke zoo, dia bagi makan pada gajah. RM8 sekali bagi. Senang je. Tak payah pening kepala fikir pasal goodie bag pun," katanya.
Kalau anak tanya kenapa dia tak sambut kat sekolah macam orang lain, masa itulah peranan mak ayah untuk ajar dan terangkan.
NETIZEN
Berkongsi pandangannya di laman sosial, dia bagaimanapun tidak menghalang sekiranya terdapat ibu bapa yang mahu hari jadi anak mereka disambut rakan-rakan di sekolah.
"Nak buat parti kat sekolah atau dekat rumah ke, buat je. Kalau tak nak, tak payah. Luangkan masa berkualiti macam saya buat, dan akan buat lagi.
"Buat ikut kemampuan dan keselesaan masing-masing, apa yang mampu. Tak payah tanya kenapa buat macam ni, kenapa tak buat macam tu. Tak payah la stres, benda tu sepatutnya gembira," katanya lagi.
Seorang wanita memilih untuk melancong bagi menyambut hari jadi anaknya. -Gambar hiasan
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terutama dalam kalangan ibu bapa tampil memberikan reaksi dan pandangan berhubung isu jamuan hari jadi anak di sekolah.
Bagi mereka, sekolah seharusnya menjadi persekitaran yang selamat dan selesa untuk anak-anak dan bukan tempat mahu menunjukkan siapa yang lebih atau kurang.
"Benda simple je mak ayah. Awak ada bajet lebih, awak bagi la goodies. Kalau awak tak ada bajet, hanya bagi kek untuk anak sambut hari jadi dengan kawan-kawan dia je pun okay dah. Mak ayah nak tengok anak gembira sambut dengan kawan je.
"Saya rasa patut hentikan terus trend sambut hari jadi dalam kelas ni. Benda ni sebenarnya tak adil. Bukan semua murid mampu bawa kek, bagi hadiah atau goodie bag. Budak yang tak mampu boleh rasa malu, rendah diri. Lagi teruk kalau kena ejek dengan kawan-kawan.
"Masalahnya, orang lain sambut birthday, anak kita terpinga-pinga kenapa tak buat birthday dia kat sekolah macam tu juga. Dia pun nak bagi hadiah kat kawan-kawan, nak bawa kek besar-besar.
"Kalau anak tanya kenapa dia tak sambut kat sekolah macam orang lain, masa itulah peranan mak ayah untuk ajar dan terangkan. Memang mungkin masa tu anak tak faham, tapi insyaAllah satu hari nanti dia akan faham juga," demikian antara komen netizen.