SIAPA yang tidak gembira apabila bisnes yang selama ini dijalankan secara kecil-kecilan tiba-tiba mendapat sambutan menggalakkan.
Lebih-lebih lagi ahli keluarga dan saudara-mara sendiri menjadi antara pelanggan yang membuat tempahan.
Bagaimanapun seorang peniaga berkongsi luahan apabila dirinya diuji dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Saudara-mara datang ke rumah meminta bantuan. -Gambar hiasan
"Bila ada saudara minta kita buatkan sesuatu, seperti brownies, aiskrim Malaysia.
"Kita gembira tau. Sebabnya kita ni pun buat bisnes kecil-kecilan. Seronoklah ada orang support," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: 30 minit tiada pembeli, cashier hampir terlelap... Pemuda ramal beberapa kedai bakal terkubur, bisnes online ‘sapu bersih’ pelanggan
ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan beri nasihat jujur... Staf kena kerja kuat untuk dapat gaji, bos jangan harap pekerja sayang syarikat macam famili
Namun katanya, apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkannya.
"Rupa-rupanya di sebalik kata 'buatkan' tu bagi mereka adalah 'sponsor' (taja).
Ingat nak buat benda tu percuma ke, betul-betul tak hargai orang langsung.
NETIZEN
"Kita tak dapat apa-apa bayaran pun la. Kalau korang rasa macam mana?" soalnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa simpati terhadap nasib peniaga kecil itu.
Sumber pendapatan dapat menyara keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup. -Gambar hiasan
"Ingat nak buat benda tu percuma ke, betul-betul tak hargai orang langsung.
"Kalau saya, saya akan tolak, dan cakap terus-terang kat dia. Sebab saya pun bisnes kecil-kecilan, buat benda ni memang nak dapatkan duit, bukan nak buat kerja sosial.
"Tak malunya. Saya tak berniaga makanan tapi adik-beradik saya kalau minta buat sesuatu mesti bayar. Saya tolak pun tetap mereka nak bayar," demikian antara komen netizen.
Pada masa sama, segelintir mereka turut memberikan cadangan agar situasi tersebut tidak berulang.
"Terus tanya nak berapa, dan bagi terus sekian harga. Jangan cakap air liur je haha.
"Lepas ni bila orang minta buatkan, tanya nak berapa helai atau bilangan kemudian keluarkan bil.
"Kalau rasa tak nak sponsor atau tak nak kena sponsor. Awak jawablah, 'Okay brownies satu kotak RMxx, aiskrim RMxx box RMxx, Aiskrim RMxxx'. Kalau dia balas 'okay', mintalah deposit," komen netizen.