suria

Kena sindir beli 2 biji mangga guna QR... Pelanggan letak balik buah, terus angkat kaki! Kalau menjawab hanya tambah dosa

Ramai memilih transaksi menggunakan imbasan kod QR kerana lebih mudah. -Gambar hiasan

ZAMAN moden, pembayaran menggunakan kaedah kod QR sudah menjadi perkara biasa tanpa mengira nilai kecil atau besar.

Bagi kebanyakan orang, kaedah ini sangat memudahkan dan pantas, selain selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.

Namun, satu insiden di sebuah gerai buah-buahan baru-baru ini membangkitkan rasa kecewa seorang individu apabila peniaga enggan menerima bayaran melalui QR hanya kerana dia membeli dua biji mangga.

Sebuah gerai buah-buahan yang menerima pembayaran menerusi kod QR. -Gambar hiasan

Menurut individu berkenaan, sebelum membuat pembelian, dia sudah bertanya terlebih dahulu sama ada pembayaran menerusi kaedah QR diterima kerana dia tiada wang tunai ketika itu.

"Boleh katanya, loghat dia memang loghat Indonesia. Kemudian saya ambil dua biji buah mangga dan dia marah. 'Kalau dua je tak boleh QR. Berapa je nak QR' katanya dalam nada marah dan bebel merentan.

"Aku letak balik dan berlalu tanpa menjawab apa-apa. Takut jatuh dosa," kongsinya dalam satu hantaran di TikTok. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘cair’ tengok senyuman peniaga ini, tak cakap banyak terus beli... Tegur sikap penjaja sombong!

ARTIKEL BERKAITAN: Akak jual kek setuju COD, tapi marah-marah sebab tak bayar online... Pelanggan terkedu kena ‘sekolah’, keliru siapa bodoh sebenarnya

Menurut individu tersebut, biarpun diselubungi rasa marah disebabkan sikap peniaga berkenaan yang sombong, namun dia memilih untuk tidak memanjangkan isu dan melayan amarahnya. 

"Dekat pasar raya pun tak ada nak limitkan beli mangga berapa biji. Ini sekadar buka meja, kau dah act macam apa," tulisnya.

Tidak berniat untuk menularkan kisah tersebut, namun individu berkenaan berkata perkongsiannya bertujuan untuk memberi peringatan kepada diri sendiri.  

Sekarang semua digital... dia memang ketinggalan zaman.

NETIZEN

"Moral ceritanya, rezeki Allah nak bagi dia, tapi kalau bukan rezeki dia, memang tak jadi. 

"Kau sombong makcik. (Memang) rasa nak marah. Tapi aku teringat ilmu tauhid yang aku belajar.

"Sebab Allah izinkan dia begitu perangainya, hanya Allah yang tahu sebabnya. Cukup baik aku tak ambil gambar meja jualan kau sebab aku masih ada adab dan tak macam kau," tulisnya lagi.

Sebahagian reaksi netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap segelintir peniaga yang dianggap tidak mesra pelanggan.

"QR tu berapa sen pun boleh, bukan kad kredit ada limit.

"Sekarang semua digital... dia memang ketinggalan zaman.

"Tak sedar diri, tak bersyukur. Harap kita semua tak jadi macam tu," demikian antara komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain