suria

Tak mampu bagi gelang, bakal suami ajak beli cincin bajet RM2,000… Makin geram permintaan masuk kedai emas berjenama ditolak!

Pasangan pengantin biasanya akan bertukar-tukar cincin pada hari pernikahan mereka. -Gambar hiasan

PASANGAN yang bakal berkahwin pastinya 'pening' menguruskan segala persiapan majlis yang bakal tiba.

Selain hal kenduri, mereka juga perlu mempersiapkan barang hantaran, borang permohonan nikah dan macam-macam lagi.

Di platform X, seorang wanita turut meraih perhatian selepas berkongsi kisahnya yang mahu membeli barang kemas.

Banyak cabaran dihadapi bakal pengantin untuk menguruskan majlis mereka. -Gambar hiasan

Namun katanya, dia kesal kerana bakal suaminya seolah-olah berkira untuk berbelanja demi perkahahwinan mereka.

"Aku nak kahwin tahun depan. Jadi dah mula survey emas. Mula-mula rancangannya nak beli gelang emas.

"Lepas tu nampak macam dia berkira-kira sebab emas tengah mahal. Jadi aku cakap bagi cincin pun okey," kongsinya.

Sebab nak kahwin, mestilah mahu yang ada brand sikit.

BAKAL PENGANTIN

Namun kata wanita itu, dia seperti tidak berpuas hati kerana bakal suaminya hanya meletakkan bajet RM2,000.

"Aku cakaplah nak cincin dari kedai emas yang komersial macam Habib atau Tomei semua ni.

"Sebab nak kahwin, mestilah nak yang ada brand sikit. Lepas tu dia cakap kalau bajet RM2,000 okey ke tak beli cincin tu?

ARTIKEL BERKAITAN: Belum kahwin dah makan hati! Bakal suami mahu guna cincin tunang masa nikah, enggan beli baru sebab nak jimat

ARTIKEL BERKAITAN: “Hadiah pun beli guna kad kredit saya” - Wanita menyesal kahwin, rindu ‘shopping’ macam zaman solo tapi suami tak mampu

"Lepas tu dia ajak tengok dekat kedai emas dekat luar. Lepas tu aku macam eh... cakap nanti mesti gaduh," kongsinya lagi.

Cubaan wanita itu untuk mengadu nasib di platform X bagaimanapun menerima reaksi sebaliknya apabila dia 'disekolahkan' netizen.

Kata netizen, wanita itu tidak sepatutnya memandang jenama memandangkan semua emas sama sahaja.

Cincin kahwin merupakan lambang cinta antara suami isteri. -Gambar hiasan

"Emas ni kau beli dekat perompak pun nilai dia sama. Belilah kedai mana pun, tengok emas dekat berat, bukan brand.

"Emas semua samalah. Ukur baju di badan sendiri. RM2,000 tu dapat je cincin cantik dekat kedai emas biasa.

"Kedai emas dekat luar pun okey. Dah itu je bajetnya. Ikutlah bajet," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain