SETIAP kali pergi bercuti, pasti ada sahaja buah tangan yang akan dibeli untuk dibawa pulang.
Namun, sepasang suami isteri berdepan pengalaman menyeramkan selepas mereka membeli perhiasan perak di Bali, Indonesia.
Kisah itu dikongsi seorang wanita yang dikenali sebagai Maiyya menerusi aplikasi TikTok.
Maiyya berkongsi perkara itu menerusi TikTok.
"Peringatan kepada mereka yang melancong ke Bali. Tolong lebih berhati-hati apabila membeli barang tradisional atau buatan tangan.
"Suami saya beli rantai leher perak buatan tangan di Bali. Masa tu dia teruja beli untuk saya sebab ia cantik dan ia hadiah bulan madu.
"Tapi sejurus saya pakai di Malaysia, saya mula alami pengalaman yang pelik," kongsi wanita itu.
Sekarang rantai itu sudah dibuang ke dalam laut.
MAIYYA
Menurut Maiyya, dia tidak menyangka gangguan yang berlaku berpunca daripada perhiasan berkenaan.
"Saya rasa macam terganggu. Tenaga pun rasa lain. Saya tak sangka gangguan itu berpunca daripada rantai tersebut.
"Rupa-rupanya ada sesuatu yang tak kena dengannya. Suami saya minta seseorang untuk periksa dan sah ada 'penghuni'.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kritikal terkandas di hospital Bali, perlu bantuan rakyat Malaysia - “Baru tahu ada sakit jantung sejak lahir”
ARTIKEL BERKAITAN: Tak ramai nak cerita tentang ‘dark side’ Bali, hanya kongsi momen indah... Pelancong kena hati-hati sebelum minum air!
"Sekarang rantai itu sudah dibuang ke dalam laut. Pengajarannya, tak semua yang kelihatan cantik itu selamat," kongsinya lagi.
Hingga kini perkongsian wanita itu menerima hampir setengah juta tontonan.
Malah, ia turut dihujani banyak komen termasuklah daripada mereka yang pernah berdepan kejadian sama.
Antara lokasi yang menjadi tarikan di Bali.
"Ni betul. Seorang kawan beli lukisan gajah dengan bingkai kayu. Balik Malaysia ada gangguan mistik.
"Bukan hanya di Bali, Malaysia juga. Jangan beli perhiasan antik, terutamanya di pasar. Ini berdasarkan pengalaman saya.
"Makcik saya beli keris lama dan cucuk sanggul. Akhirnya sekeluarga kena pindah rumah. Dahsyat kena kacau," kongsi beberapa netizen.